Subscribe to our RSS Feeds

HUJAN TAK MENGHALANG TUGAS UAK.

0 Comments »



Mansurah,28 Oktobe
r : Hujan lebat dan berbatu yang membasahi bumi Mansurah tidak menghalang untuk anggota UAK melakukan kerja amal bakti kepada penduduk Mansurah khususnya. Malam semalam sebuah rumah akhawat iaitu bait izzah telah berpindah dari kawasan awal mauaf ke 3 kawasan yang lain iaitu kawasan dirosat, mal'ab dan utubis gadid. Hujan yang turun pada awal petangnya itu dan memasuki waktu maghrib telah mengakibatkan kawasan sekitar Mansurah banjir kilat dan berlumpur. Namun keadaan begitu tidak mematahkan semangat setiap anggota UAK untuk berkhidmat. Ketabahan dan kesungguhan anggota yang terlibat menjadi azimat mereka ketika melaksanakan tugas amal ini. Telah diihadiri lebih kurang 9 orang termasuk exco perumahan DPMM. Antara anggota yang hadir ialah saudara Hakimi selaku pengarah, FIrdaus(bendahari), Shahimie, Sofiuddin, Syakir, Hanif, Rahman, Farid(Semua AJK UAK) dan Ruhsdi(exco perumahan DPMM).


Anggota mula berkumpul di aswaq yasin jam 815 malam waktu tempatan. Kedudukan kawasan rumah yang agak asing bagi anggota menyebabkan sukar pada awalnya untuk mnencari rumah tersebut. Setelah anggota menjumpai lokasi sebenar rumah terbabit, anngota terus melaksanakan tugas mereka. Kedudukan rumah yang berada di tingkat tinggi(tingkat 6,kalau tak silap) menyukarkan lagi keadaan setiap anggota yang mula dirasai akan kekurangan tenaga kerja. Anggota yang pada awalnya kekuatan hanya 6 orang sahaja begitu dirasai akan kesukaran tersebut. Berbekalkan semangat dan kesungguhan yang tinggi, anggota UAK tidak menghiraukan kepayahan tersebut. Namun keletihan setiap anggota tergambar di wajah mereka. Selepas selesai saja kerja punggahan barang untuk ke 3 rumah yang berlainan tempat, anggota seterusnya menaiki chevrolet untuk mengagihkan ke rumah yang dimaksudkan itu. Rumah pertama iaitu bait itqan yang terletak berhadapan dengan kuliah banat. Dan rumah yang kedua iaitu bait mujahidah robbani yang terletak di kawasan belakang kuliah. Seterusnya rumah yang terakhir iaitu bait khairunnisa' yang terletak di kawasan utubis gadid berhampiran dengan markaz banat. Di bait khairunnisa' anggota mendapat sedikit masalah kerana elektrik terputus. Hanya bertemankan cahaya lilin dan cahaya telefon bimbit dari anggota, mereka tetap meneruskan tugas amal mereka. Selesai saja tugas memindahkan barang2 di rumah yang terakhir, elektrik ada kembali(Alhamdulillah).


Kami menemuramah pengarah UAK selepas dari tugas mereka selesai,

"Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota yang hadir malam ni. Walaupun keadaan banjir dan berlumpur, setiap anggota telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi. Macamnilah kita nak. Bertugas walaupun pelbagai rintangan dan kesusahan yang datang. Terus terang kami katakan bahawa kami letih malam ni, tapi itu bukanlah alasan untuk kami lari dari tugas. Setiap anggota UAK punyai semangat juang yang tinggi. Syabas sekali lagi aku ucapkan kepada setiap anggota."

ujarnya walaupun kelihatan lesu, namun beliau masih mampu untuk mengukirkan senyuman. Seorang lagi anggota UAK yang kami sempat temubual iaitu saudara Syakir juga menyatakan luahan hatinya,







"Biasa saja walaupun agak letih.Kerana kami terlalu sayang pada akhawat kami.
Keletihan kami terubat akhirnya...."
katanya penuh bersemangat.

Kami dari pihak multimedia UAK juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan dari setiap anggota. Mudah2han selepas ini setiap anggota dapat teruskan lagi kerja amal bakti ini. Kebajikan ahli DPMM dalam keutamaan UAK.



Beramal dan berbakti kerana ALLAH.
2:08 PG

0 Responses to "HUJAN TAK MENGHALANG TUGAS UAK."

Catat Ulasan