Subscribe to our RSS Feeds

HUJAN TAK MENGHALANG TUGAS UAK.

0 Comments »



Mansurah,28 Oktobe
r : Hujan lebat dan berbatu yang membasahi bumi Mansurah tidak menghalang untuk anggota UAK melakukan kerja amal bakti kepada penduduk Mansurah khususnya. Malam semalam sebuah rumah akhawat iaitu bait izzah telah berpindah dari kawasan awal mauaf ke 3 kawasan yang lain iaitu kawasan dirosat, mal'ab dan utubis gadid. Hujan yang turun pada awal petangnya itu dan memasuki waktu maghrib telah mengakibatkan kawasan sekitar Mansurah banjir kilat dan berlumpur. Namun keadaan begitu tidak mematahkan semangat setiap anggota UAK untuk berkhidmat. Ketabahan dan kesungguhan anggota yang terlibat menjadi azimat mereka ketika melaksanakan tugas amal ini. Telah diihadiri lebih kurang 9 orang termasuk exco perumahan DPMM. Antara anggota yang hadir ialah saudara Hakimi selaku pengarah, FIrdaus(bendahari), Shahimie, Sofiuddin, Syakir, Hanif, Rahman, Farid(Semua AJK UAK) dan Ruhsdi(exco perumahan DPMM).


Anggota mula berkumpul di aswaq yasin jam 815 malam waktu tempatan. Kedudukan kawasan rumah yang agak asing bagi anggota menyebabkan sukar pada awalnya untuk mnencari rumah tersebut. Setelah anggota menjumpai lokasi sebenar rumah terbabit, anngota terus melaksanakan tugas mereka. Kedudukan rumah yang berada di tingkat tinggi(tingkat 6,kalau tak silap) menyukarkan lagi keadaan setiap anggota yang mula dirasai akan kekurangan tenaga kerja. Anggota yang pada awalnya kekuatan hanya 6 orang sahaja begitu dirasai akan kesukaran tersebut. Berbekalkan semangat dan kesungguhan yang tinggi, anggota UAK tidak menghiraukan kepayahan tersebut. Namun keletihan setiap anggota tergambar di wajah mereka. Selepas selesai saja kerja punggahan barang untuk ke 3 rumah yang berlainan tempat, anggota seterusnya menaiki chevrolet untuk mengagihkan ke rumah yang dimaksudkan itu. Rumah pertama iaitu bait itqan yang terletak berhadapan dengan kuliah banat. Dan rumah yang kedua iaitu bait mujahidah robbani yang terletak di kawasan belakang kuliah. Seterusnya rumah yang terakhir iaitu bait khairunnisa' yang terletak di kawasan utubis gadid berhampiran dengan markaz banat. Di bait khairunnisa' anggota mendapat sedikit masalah kerana elektrik terputus. Hanya bertemankan cahaya lilin dan cahaya telefon bimbit dari anggota, mereka tetap meneruskan tugas amal mereka. Selesai saja tugas memindahkan barang2 di rumah yang terakhir, elektrik ada kembali(Alhamdulillah).


Kami menemuramah pengarah UAK selepas dari tugas mereka selesai,

"Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada semua anggota yang hadir malam ni. Walaupun keadaan banjir dan berlumpur, setiap anggota telah menunjukkan kesungguhan dan semangat yang tinggi. Macamnilah kita nak. Bertugas walaupun pelbagai rintangan dan kesusahan yang datang. Terus terang kami katakan bahawa kami letih malam ni, tapi itu bukanlah alasan untuk kami lari dari tugas. Setiap anggota UAK punyai semangat juang yang tinggi. Syabas sekali lagi aku ucapkan kepada setiap anggota."

ujarnya walaupun kelihatan lesu, namun beliau masih mampu untuk mengukirkan senyuman. Seorang lagi anggota UAK yang kami sempat temubual iaitu saudara Syakir juga menyatakan luahan hatinya,







"Biasa saja walaupun agak letih.Kerana kami terlalu sayang pada akhawat kami.
Keletihan kami terubat akhirnya...."
katanya penuh bersemangat.

Kami dari pihak multimedia UAK juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas pengorbanan dari setiap anggota. Mudah2han selepas ini setiap anggota dapat teruskan lagi kerja amal bakti ini. Kebajikan ahli DPMM dalam keutamaan UAK.



Beramal dan berbakti kerana ALLAH.
2:08 PG

Anggota UAK jaulah makam raikan Ustaz Fauzi.

0 Comments »

Assalamualaikum, salam perjuangan.

Baru2 ini anggota UAK telah melakukan aktiviti jaulah makam sekitar Mansurah. Jaulah makam serta kawasan sekitar Mansurah itu diadakan bagi meraikan Ustaz Fauzi yang akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Bermula awal pagi berkumpul di Markaz Banat, anggota UAK bersiap sedia berangkat dengan menaiki tramco. Antara anggota yang hadir ialah, Hakimi(pengarah UAK), Firdaus(Bendahari), Shahimie, Sofiuddin, Syakir, Farhan, Hanif, Zainol, Hayyum, Naif, Rashidi, Rushdi(exco perumahan DPMM), Najib, Fauzi, dan Mohd Daud(exco sukan DPMM). Tempat pertama yang kami lawati ialah makam Syaikh al Alim al Allamah Mutawalli Sya'rawi.



Anggota UAK bergambar berhadapan pintu masuk Kompleks Imam Sya'rawi.
Makam Imam Sya'rawi.
Dalam perpustakaan Kompleks Imam Sya'rawi.
Bersama si cilik bakal menggegarkan dunia.

Selepas itu kami meneruskan jaulah kami ke makam sahabat Nabi iaitu Saidina Abdullah bin Salam, bekas pemuka yahudi yang masuk Islam ketika zaman Nabi.

Makam sahabat Nabi, Saidina Abdullah bin Salam.
'Biodata Saidina Abdullah bin Salam'
"Ya Allah, kami bertawasul dengan berkatnya......."

Seterusnya perjalanan kami ke makam anak Saidina Abu Bakar As Siddiq,iaitu Saidi Muhammad bin Saidina Abu Bakar As Siddiq.

Makam Saidi Muhammad bin Saidina Abu Bakar As siddiq.
Khusyuk mendengar penerangan dari penjaga makam...
Misteri batu besar.....

Setelah penat menjelajah makam, perjalanan kami seterusnya ke Roksul bar. Di sana kami menikmati keindahan pantai dan penghujung aliran sungai nil. Di sini juga(khilaf) terletaknya pertemuan antara dua laut yang disebutkan di dalam Al Quran. Pertembungan sungai nil dan laut. Dayu angin pantai benar2 membuatkan kami puas. Kami berhenti makan tengahari di Roksul bar.

Makan tengahari di tepi muara sungai...
Hayyum makan 5 kali tambah.Hehehehhe.
Kimi tak kenyang ke sampai gigit jari tuuuu??


Lebih kurang jam 430 petang kami mula beransur untuk pulang semula ke Mansurah. Walaupun ada letihnya, namun rata2 anggota gembira dengan jaulah tersebut.

Gambar2 kenangan.....



Ada dikalangan anggota, baru pertama kali jaulah sekitar Mansurah. Secara tak langsung jaulah ini telah membabitkan diri mereka bersama anggota yang lain. Dan kami dari anggota UAK mengucapkan moga Ustaz Fauzi pulang dengan selamat dan dapat meneruskan perjuangannya di bumi Malaysia pula. Kenangan kami bersamanya takkan dilupakan.....

7:10 PG

UAK HANTAR WAKIL KE KUTUB SITTAH....

0 Comments »




Kaherah 17 Oktober
: Unit Amal Kamsis atau singkatannya UAK telah menghantar wakilnya ke Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran PMRAM. Majlis yang bermula pagi tadi(17 Okt.) dan akan berakhir pada 20 Oktober ini, telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan azhari dan ahli PMRAM khususnya. UAK diwakili sendiri pengarahnya, saudara Mohammad Hakimi b. Abdul Mutalib bersama timbalan pengarah, saudari Farah bt. Mohd Ja'far dan beberapa lagi anggota yang lain terdiri daripada ikhwah dan akhawat dalam kuantiti lebih dari 6 orang begitu semangat menghadiri majlis yang julung2 kali diadakan ini.

Majlis yang pada mulanya akan diadakan di dewan utama ACC terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Rumah Johor Baru menjadi gantiannya dan saksi bagi majlis ilmu yang mulia ini. Majlis yang dihadiri masyaikh dari Jamiah Al Azhar ini sememangnya telah dinanti2kan lebih 500 orang peserta yang rata2nya pelajar kuliah pengajian Islam. Di antaranya masyaikh tersebut ialah ;
- Syeikh Dr. Jamal Farouq
- Syeikh Rifa'at Fauzi
- Syeikh Dr. Yusri Rushdi Al Sayyid Jabr Al Hasani
- Syeikh Muhammad Ibrahim Al Kattani
- Syeikh Dr. Usamah Al Azhari

Majlis yang bermula lebih kurang jam 10 pagi itu telah dirasmikan oleh Fadhilatus Syeikh Dr. Usamah Al Azhari. Beliau membuka ucapan pembukaan dengan menceritakan serba sedikit kehebatan Imam Al Bukhori dan kitab sohihnya. Dan diceritakan juga bahawa sohihnya itu telah mendapat pengi'tirafan ulamak dunia bahawa Sohih Al Bukhori merupakan kitab sohih selepas dari Al Quran.

Pengarah UAK ketika dihubungi melahirkan rasa gembiranya kerana dapat menghadiri majlis mulia ini.

"Saya bersyukur sangat2 kerana ALLAH izinkan saya hadirkan diri ke majlis yang mulia ini. Kita dapat dengar sendiri dari Masyaikh membacakan hadis untuk kita. Dan benda ini bukannnya satu perkara yang kecil. Amat rugi jika kita lepaskan peluang yang ada ini. Kepada kawan2 yang terlepas peluang, tahun depan ada lagi. Insya Allah.... "

Ujarnya yang kelihatan lesu tapi masih lagi mampu membalas senyuman selepas selesai saja majlis hari pertama tadi. Pihak UAK juga sempat menemu bual timbalan pengarah suadari Farah bt. Ja'far untuk meminta pendapat beliau berkenaan majlis yang berlangsung pagi tadi.

" Alhamdulillah
best sebab boleh jumpa dengan syeikh hebat2,dengar hadis dan kalam mereka... Kalau pasal tempat tu, redha ja la. Mungkin ini 1 ujian dalam menuntut ilmu. Bukan senang dapat peluang macam ini...."

Balasnya lembut ketika ditanya pihak multimedia UAK. Dari pihak UAK mengharapkan majlis mulia ini berlangsung tanpa ada masalah yang berlaku. Marilah sama2 kita doakan moga majlis ilmu ini berjalan dengan lancar. Harapan kepada anggota UAK, ilmu yang didapati sebarkanlah pula kepada saudara2 yang lain. Dan semoga kita terus dalam berkat kerana ilmu yang bermanfaat ini.




"BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH"




Boleh tengok tentatif majlis pada link di bawah,

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/2009/08/tentatif-terkini.html
3:09 PTG

SEJARAH PENUBUHAN UAK

0 Comments »
Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua.



Unit Amal Kamsis atau dikenali juga dengan nama UAK merupakan satu unit khas di bawah penyelenggaraAn Unit Perumahan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Ia ditubuhkan pada tahun 2009 selepas dari rentetan mesyuarat agung tahunan ke-17 di Dewan Persada Jazirah Al-Ward(DPJA). Ketika itu, seorang ahli DPMM iaitu saudara Mohammad Hakimi Bin Abdul Mutalib(kini Pengarah UAK) menyatakan cadangan ketika sesi muhasabah dan cadangan. Beliau mengutarakan cadangan itu memandangkan berlakunya permasalahan kehadiran yang kurang memuaskan ketika mengangkat beras dan mengangkat barang untuk perpindahan rumah. Beliau menyarankan agar ditubuhkan satu unit khas untuk mengatasi masalah tersebut.

Selepas tamat mesyuarat agung tahunan, cadangan itu tidak terhenti disitu saja. Ia telah menarik minat orang nombor 1 Mansurah iaitu Ustaz Amirul b. Hasim selaku pengerusi DPMM yang baru dilantik. Beliau menyatakan minat berhubung cadangan tersebut. Setelah pengerusi DPMM sendiri turut memberi respon yang baik, maka kertas kerja cadangan telah dibuat oleh Ustaz Rushdi b. Tahiruddin(Ketua Unit Perumahan DPMM 09/10) secepat mungkin. Dan akhirnya barisan kepimpinan DPMM bersetuju melantik Ustaz Hakimi sebagai pengarah Unit Amal Kamsis yang baru. Kertas kerja cadangan telah dibentangkan kepada Ustaz Asri selaku timbalan pengerusi merangkap ketua unit perancang DPMM. Beliau menyemak kertas kerja cadangan tersebut dan akhirnya telah disahkan oleh pengerusi DPMM.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, maka kini tertubuhlah satu unit khas di DPMM dengan nama komersialnya iaitu Unit Amal Kamsis DPMM (UAK). Objektif utama penubuhannya ialah membantu segala gerak kerja ahli dan kepimpinan DPMM khususnya. Memudahkan urusan dan bebanan barisan kepimpinan dan meringankan kepayahan dikalangan ahli DPMM itu sendiri. Di anggotai lebih dari 30 orang, UAK sudah siap sedia setiap masa menjadi benteng pertahanan dan memastikan DPMM berada dalam keadaan aman tanpa ada gangguan dari anasir2 asing yang tidak bertanggungjawab. Bertemakan 'Beramal dan Berbakti kerana ALLAH', UAK senantiasa mengorak langkah kehadapan bagi memastikan segala gerak kerja PMRAM dan DPMM khususnya berjalan dengan lancar.




"BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH'
8:08 PG