Subscribe to our RSS Feeds

SEJARAH PENUBUHAN UAK

0 Comments »
Assalamualaikum dan salam perjuangan untuk semua.



Unit Amal Kamsis atau dikenali juga dengan nama UAK merupakan satu unit khas di bawah penyelenggaraAn Unit Perumahan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah. Ia ditubuhkan pada tahun 2009 selepas dari rentetan mesyuarat agung tahunan ke-17 di Dewan Persada Jazirah Al-Ward(DPJA). Ketika itu, seorang ahli DPMM iaitu saudara Mohammad Hakimi Bin Abdul Mutalib(kini Pengarah UAK) menyatakan cadangan ketika sesi muhasabah dan cadangan. Beliau mengutarakan cadangan itu memandangkan berlakunya permasalahan kehadiran yang kurang memuaskan ketika mengangkat beras dan mengangkat barang untuk perpindahan rumah. Beliau menyarankan agar ditubuhkan satu unit khas untuk mengatasi masalah tersebut.

Selepas tamat mesyuarat agung tahunan, cadangan itu tidak terhenti disitu saja. Ia telah menarik minat orang nombor 1 Mansurah iaitu Ustaz Amirul b. Hasim selaku pengerusi DPMM yang baru dilantik. Beliau menyatakan minat berhubung cadangan tersebut. Setelah pengerusi DPMM sendiri turut memberi respon yang baik, maka kertas kerja cadangan telah dibuat oleh Ustaz Rushdi b. Tahiruddin(Ketua Unit Perumahan DPMM 09/10) secepat mungkin. Dan akhirnya barisan kepimpinan DPMM bersetuju melantik Ustaz Hakimi sebagai pengarah Unit Amal Kamsis yang baru. Kertas kerja cadangan telah dibentangkan kepada Ustaz Asri selaku timbalan pengerusi merangkap ketua unit perancang DPMM. Beliau menyemak kertas kerja cadangan tersebut dan akhirnya telah disahkan oleh pengerusi DPMM.

Rentetan daripada peristiwa tersebut, maka kini tertubuhlah satu unit khas di DPMM dengan nama komersialnya iaitu Unit Amal Kamsis DPMM (UAK). Objektif utama penubuhannya ialah membantu segala gerak kerja ahli dan kepimpinan DPMM khususnya. Memudahkan urusan dan bebanan barisan kepimpinan dan meringankan kepayahan dikalangan ahli DPMM itu sendiri. Di anggotai lebih dari 30 orang, UAK sudah siap sedia setiap masa menjadi benteng pertahanan dan memastikan DPMM berada dalam keadaan aman tanpa ada gangguan dari anasir2 asing yang tidak bertanggungjawab. Bertemakan 'Beramal dan Berbakti kerana ALLAH', UAK senantiasa mengorak langkah kehadapan bagi memastikan segala gerak kerja PMRAM dan DPMM khususnya berjalan dengan lancar.




"BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH'
8:08 PG

0 Responses to "SEJARAH PENUBUHAN UAK"

Catat Ulasan