Subscribe to our RSS Feeds

ANGGOTA UAK AKHAWAT TURUN PADANG.

0 Comments »




Mansurah 25 November : 3 orang anggota UAK bahagian akhawat telah turun padang membantu Unit Perumahan Hewi DPMM, ustazah Habibah, bergotong royong mengemas Markaz DPJA. Program yang julung2 kali diadakan itu telah dihadiri oleh timbalan pengarah UAK sendiri, ustazah Farah. Program yang bermula dari pukul 130 petang itu juga turut dibantu oleh beberapa orang lagi ahli akhawat DPMM.

Keadaan markaz DPJA yang sudah sekian lama tidak dikemaskini di bahagian penjurunya telah memaksa Hewi Perumahan, anggota UAK akhawat dan beberapa orang lagi ahli akhawat DPMM turun padang mengemaskini kembali. Ini kerana barang2 yang terdapat di bahagian penjuru dalam markaz DPJA itu telah bercampur dengan barang2 kepunyaan ahli DPMM yang lain. Gerak kerja diberhentikan seketika untuk memberi laluan kepada solat Asar.

Gerak kerja disambung kembali selepas maghrib dengan melakukan beberapa lagi tugasan yang masih berbaki. Namun gerak kerja tidak dapat dihabiskan sepenuhnya kerana menyerahkan saki baki tugasan itu untuk ikhwah pula. Begitulah hendaknya sepertimana yang telah dilaporkan kepada kami. Gerak kerja mengemas markaz DPJA selesai lebih kurang pukul 730 malam waktu tempatan. Selepas daripada itu, pihak kami sempat menemubual timbalan pengarah UAK, ustazah Farah berkenaan gerak kerja gotong royong ini.

"Gotong royong ni sangat baik sebab dapat kemas balik belakang langsir tu setelah sekian lama begitu(tidak dikemaskini). Tempat tu sepatutnya sentiasa tersusun bagi memudahkan semua urusan, penggunaan barang2 yang ada. Mungkin selepas ini ada tindakan susulan dalam kemaskini lagi dewan terutamanya barang2 kat situ, sentiasa kemas dan tersusun. Alhamdulillah semua selesai dengan baik..." ujarnya ketika dihubungi....

Kami dari pihak UAK khususnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua anggota UAK akhawat yang terlibat. Dan tidak lupa juga kepada mereka yang telah berkerjasama.


Sedikit gambaran gerak kerja dan suasana dewan ketika dikemaskini.




'BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH'
10:53 PG

MISI MEMBURU MUMTAZ (3M)

0 Comments »
Assalamualaikum W.B.T.H

Kepada seluruh ahli DPMM sekalian. Berikut adalah Program motivasi anjuran Unit Pengetahuan & Pendidikan DPMM sesi 2009/2010 yang akan berlangsung dengan jayanya seperti tertera pada iklan di bawah. Sahabat dan Sahabiat sekalian dijemput untuk mengahadiri majlis ini. Mudah-mudahan kehadiran kalian dapat mengambil semangat sempena menghadapi imtihan ini dan seterusnya terus bersemangat untuk mengembara mencari ilmu di Pelembahan Nil ini.

Photobucket

JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH
1:57 PTG

Ahlan Wasahlan Kepada Pelajar Baru Pengajian Islam

0 Comments »
Mansurah 14 November : Alhamdulillah, segala gerak kerja yang dibuat untuk menyambut pelajar-pelajar baru pengajian islam sudah pun berakhir dan berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancangkan. Mereka tiba di mansurah dari kaherah pada hari selasa bertarikh 10 November 2009 selepas zohor. Bagi pihak kami Unit Amal Kamsis Mansurah, masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum ila ardil mansurah.

Di cawangan DPM Mansurah sendiri, ada unit khas untuk menyambut pelajar-pelajar baru ini iaitu Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB). Dengan kerjasama Unit Amal Kamsis (UAK) dapat lagi melancarkan gerak kerja untuk menyambut pelajar-pelajar baru. Kedatangan mereka dinantikan dan disambut baik oleh pihak DPMM. Setelah mereka sampai, mereka di tempatkan sementara waktu di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) untuk beristirehat sementara mereka pindah ke rumah yang telah ditetapkan oleh Unit Penempatan USMB.

Program sambutan pelajar-pelajar baru berakhir pada waktu petang dan mereka telah diserahkan kepada musyrif setiap rumah untuk dibawa ke rumah yang telah ditetapkan. Proses pemindahan barang pula berlangsung selepas waktu isya' kira-kira jam 8.00 malam. Setelah dibahagikan beg dan barang mengikut tempat, bermulalah proses pemindahan ke setiap rumah yang dimasuki pelajar baru. Pihak UAK sendiri tidak ketinggalan untuk turun membantu Unit Penempatan sewaktu proses pemindahan barang berlangsung.


Pengarah UAK selaku Unit Perhubungan USMB turut serta semasa pemindahan barang


proses pemindahan barang bermula dan dibantu oleh ahli UAK


sikap saling bantu membantu sesama ahli


Ketua Unit Penempatan USMB memberi arahan dan membantu sewaktu menyusun barang


tidak ketinggalan juga ahli bait Darul Zikr yang turut membantu

Syukur ke hadrat Ilahi, segalanya selesai dengan kerjasama sahabat-sahabat serta ahli UAK sendiri. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan sahabat-sahabat sekalian demi melancarkan gerak kerja USMB 09.

Selang sehari selepas pelajar-pelajar baru tiba di bumi Mansurah, mereka diraikan dengan program Hari Tautan Mahabbah (HTM 09) untuk mengetahui lebih lanjut tentang DPM Mansurah, pebentangan pekeliling keselamatan, taklimat berkenaan kuliah, taklimat kesihatan serta ramah mesra bersama pimpinan DPMM.



wajah sahabat-sahabat baru




slot ramah mesra bersama pimpinan




slot pebentangan pekeliling keselamatan oleh timbalan pengerusi selaku pemangku pengerusi


slot kesihatan berkenaan virus H1N1


Sebelum mengakhiri penulisan, kami dari pihak UAK sendiri mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli UAK khususnya dan ahli DPMM umumnya kerana membantu dalam menjayakan program USMB 09, segala penat lelah dan pengorbanan yang telah sahabat-sahabat lakukan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Bekerja untuk Islam, beramal dan berbakti kerana Allah. Wallahu 'Alam.

BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH
5:40 PTG

4 ORANG ANGGOTA UAK SELAMAT DAPAT RUMAH BARU.

0 Comments »

Mansurah 1 November : 4 orang anggota UAK iaitu Syakir, Shahimie, Sofiuddin dan Rushdi telah selamat menduduki rumah baru mereka di Mal 'ab. Sebelum itu mereka telah menetap di Muhafazah selama 1 tahun. Setelah sekian lama mencari rumah sebaran melalui YM akhirnya malam tadi bait Zikr telah menjadi pilihan kalbu hati mereka berempat. Proses perpindahan barang2 telah dibantu seramai lebih kurang 15 anggota dan termasuk beberapa orang ahli DPMM yang lain. TIdak lupa juga seorang sahabat dari Dumyat telah hadir mengangkut barang bersama2. Semangat yang ditunjukkan masing2 anggota UAK begitu membanggakan. Berbekalkan semangat setiakawan yang tinggi, segala penat lelah tidak dihiraukan.

Sedikit makanan ringan telah disediakan oleh anggota UAK akhawat yang sudi meluangkan masa untuk masak. Kehadiran anggota UAK yang ramai pada malam itu benar2 memeranjatkan anggota yang lain. Diharapkan kehadiran setiap anggota pada program atau apa2 saja majlis DPMM selepas ini bertambah hendaknya. Kebanyakan anggota tidak dapat naik chevrolet bersama2 kerana barang2 terlalu banyak. Teksi dan tramco telah menjadi pilihan untuk menuju ke bait Zikr. Hanya 3 orang saja yang menaiki dibelakang chevrolet. Tuan rumah ketika dihubungi meluahkan rasa gembiranya kerana sudah berada di rumah baru. Salah seorang ahli bait mereka merangkap Ajk UAK iaitu Shahimie telah menyatakan demikian ketika ditanya tentang perkara ini.


"Saya seronok kerana dapat rumah ini.
Dan terharu dengan kehadiran kawan2 yang lain.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang lain."






Shahimie





Ahli bait Daruz Zikr. Syakir, Mie, Pak Din, Rushdi.

Begitulah betapa gembiranya mereka setelah mendapat teratak baru untuk berteduh selama 3 tahun ini. Diharapkan selepas ini mereka berbahagia bersama2 ahli bait. Anggota UAK yang lain turut tumpang gembira dengan keadaan bahagia mereka sekarang ini. Kelihatan anggota UAK yang lain juga masing2 senyum lebar ketika dihidangkan kuih cara, cucur badak dan cucur keria beserta air teh panas.




BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH
9:01 PG