Subscribe to our RSS Feeds

Ahlan Wasahlan Kepada Pelajar Baru Pengajian Islam

0 Comments »
Mansurah 14 November : Alhamdulillah, segala gerak kerja yang dibuat untuk menyambut pelajar-pelajar baru pengajian islam sudah pun berakhir dan berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancangkan. Mereka tiba di mansurah dari kaherah pada hari selasa bertarikh 10 November 2009 selepas zohor. Bagi pihak kami Unit Amal Kamsis Mansurah, masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan ahlan wasahlan wamarhaban bikum ila ardil mansurah.

Di cawangan DPM Mansurah sendiri, ada unit khas untuk menyambut pelajar-pelajar baru ini iaitu Unit Sambutan Mahasiswa/wi Baru (USMB). Dengan kerjasama Unit Amal Kamsis (UAK) dapat lagi melancarkan gerak kerja untuk menyambut pelajar-pelajar baru. Kedatangan mereka dinantikan dan disambut baik oleh pihak DPMM. Setelah mereka sampai, mereka di tempatkan sementara waktu di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (DPJA) untuk beristirehat sementara mereka pindah ke rumah yang telah ditetapkan oleh Unit Penempatan USMB.

Program sambutan pelajar-pelajar baru berakhir pada waktu petang dan mereka telah diserahkan kepada musyrif setiap rumah untuk dibawa ke rumah yang telah ditetapkan. Proses pemindahan barang pula berlangsung selepas waktu isya' kira-kira jam 8.00 malam. Setelah dibahagikan beg dan barang mengikut tempat, bermulalah proses pemindahan ke setiap rumah yang dimasuki pelajar baru. Pihak UAK sendiri tidak ketinggalan untuk turun membantu Unit Penempatan sewaktu proses pemindahan barang berlangsung.


Pengarah UAK selaku Unit Perhubungan USMB turut serta semasa pemindahan barang


proses pemindahan barang bermula dan dibantu oleh ahli UAK


sikap saling bantu membantu sesama ahli


Ketua Unit Penempatan USMB memberi arahan dan membantu sewaktu menyusun barang


tidak ketinggalan juga ahli bait Darul Zikr yang turut membantu

Syukur ke hadrat Ilahi, segalanya selesai dengan kerjasama sahabat-sahabat serta ahli UAK sendiri. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan sahabat-sahabat sekalian demi melancarkan gerak kerja USMB 09.

Selang sehari selepas pelajar-pelajar baru tiba di bumi Mansurah, mereka diraikan dengan program Hari Tautan Mahabbah (HTM 09) untuk mengetahui lebih lanjut tentang DPM Mansurah, pebentangan pekeliling keselamatan, taklimat berkenaan kuliah, taklimat kesihatan serta ramah mesra bersama pimpinan DPMM.



wajah sahabat-sahabat baru




slot ramah mesra bersama pimpinan




slot pebentangan pekeliling keselamatan oleh timbalan pengerusi selaku pemangku pengerusi


slot kesihatan berkenaan virus H1N1


Sebelum mengakhiri penulisan, kami dari pihak UAK sendiri mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli UAK khususnya dan ahli DPMM umumnya kerana membantu dalam menjayakan program USMB 09, segala penat lelah dan pengorbanan yang telah sahabat-sahabat lakukan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Bekerja untuk Islam, beramal dan berbakti kerana Allah. Wallahu 'Alam.

BERAMAL DAN BERBAKTI KERANA ALLAH
5:40 PTG

0 Responses to "Ahlan Wasahlan Kepada Pelajar Baru Pengajian Islam"

Catat Ulasan