Subscribe to our RSS Feeds

QIAMULLAIL UAK BERJAYA!!!

0 Comments »
Mansurah, 29 Disember : Unit Amal Kamsis DPMM(UAK) telah berjaya adakan satu majlis pengisian rohani iaitu qiamullail. Majlis qiamullail yang bermula pada jam 4 pagi telah dihadiri oleh lebih 20 anggota termasuk ikhwah dan akhawat. Komitmen yang tinggi telah diberikan oleh setiap anggota. Pujian harus diberikan kepada setiap anggota yang masing2 menunjukkan kesungguhan yang jitu. Sebelum itu, iaitu pada malam harinya, perjumpaan bulanan UAK telah diadakan bagi membincangkan beberapa perkara termasuklah sedikit pemberitahuan yang penting kepada setiap anggota.

Pentaklifan imam untuk solat2 sunat telah diberikan kepada sebahagian anggota ikhwah iaitu ustaz Hayyum sebagai imam solat sunat taubat, ustaz Farhan sebagai imam solat sunat tahajjud, ustaz Syakir sebagai imam solat hajat dan ustaz Ismail sebagai imam solat sunat witir. Dan solat subuh pula diimami sendiri oleh pengarah UAK, ustaz Hakimi. Selepas dari selesai solat fardhu subuh, takzirah subuh pula telah diberikan oleh seorang anggota UAK bahagian akhawat iaitu ustazah Zainab. Kami anggota sebelah ikhwah begitu kagum dengan cara penyampaian ustazah Zainab yang begitu bersemangat memberikan tazkirah. Sekalung pujian patut diberikan kepada beliau di atas keberanian beliau berhadapan dengan orang ramai. Dan keberanian ini juga kami mengharapkan dapat dilaksanakan ketika pulang ke tanah air kelak. Tidak ketinggalan juga tazkirah kedua yang disampaikan oleh ustaz Shahimi dengan begitu semangat.

Kami juga mengharapkan kepada semua anggota supaya dapat menyesuaikan diri bersama orang ramai sebagai persediaan untuk berhadapan dengan jalan dakwah yang lebih mencabar di Malaysia nanti. Dan yang paling penting ialah keredhoan dari ALLAH dengan apa yang telah kami lakukan ini. Mudah2an pahala yang besar ALLAH ganjari kepada kami. Sesuai dengan tema UAK itu sendiri, 'Beramal dan berbakti kerana ALLAH'.

Jutaan terima kasih sekali lagi buat semua anggota yang memberikan komitmen sepenuhnya kepada program qiamullail kali ini. InsyaAllah dimasa akan datang kami berharap dapat mengadakan lagi aktiviti2 keagamaan seperti ini sebagai santapan rohani kami.

Kelihatan pengarah UAK, saudara Hakimi memberikan penerangan dalam perjumpaan bulanan UAK sebelum majlis qiamullail bermula.

Kelihatan anggota UAK akhawat khusyuk mendengar penerangan dari pengarah.

Anggota UAK baru bangun dari tidur.

Anggota UAK sudah bersiap sedia untuk memulakan qiam....

Muazzin azan subuh ialah ustaz Fathi...

Rehat sebentar sebelum mendengar tazkirah subuh..


Sedang khusyuk mendengar tazkirah dari ustazah Zainab..


Ustaz Shahimi juga tidak ketinggalan memberikan tazkirah subuh...


Kami sarapan roti fino dan teh panas saja. Alhamdulillah rezeki waktu pagi....
Bergambar kenangan bersama semua anggota UAK yang hadir qiam sebelum pulang ke rumah masing2..





'Beramal dan berbakti kerana ALLAH'







11:23 PTG

0 Responses to "QIAMULLAIL UAK BERJAYA!!!"

Catat Ulasan